KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dijadual bertemu dengan wakil syarikat gergasi teknologi terkemuka seperti Facebook dan Google pada minggu depan untuk menjelaskan pendirian Malaysia berhubung dasar kabotaj serta aspek pembaikan kabel dasar laut.
Pertemuan itu juga sebagai memberi kepastian kepada pelabur asing mengenai hala tuju dasar Malaysia.
Loke berkata, kalangan perniagaan serta pelabur memerlukan kejelasan mengenai dasar terbabit dan Kementerian Pengangkutan (MOT) sememangnya berhasrat untuk menyalurkan maklumat terbabit bagi membantu mereka membuat keputusan berkaitan usaha meningkatkan pelaburan di negara ini.
"Sebagai menteri, saya berperanan memberi penjelasan mengenai dasar. Bagi saya, syarikat-syarikat ini hanya mahu mendapatkan kepastian dari segi dasar dan (pada masa sama) kita juga mahu mendengar pandangan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Persatuan Bunkering Malaysia (MBA) dan Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) di sini, hari ini.
Mengulas selanjutnya, Loke juga menyifatkan aspek pembaikan kabel berkenaan adalah antara isu subsektor dalam dasar kabotaj dan tidak perlu ditangani di peringkat industri.
"Apa yang syarikat dan pelabur teknologi maklumat (IT) ini mahukan adalah (maklumat) sama ada sesebuah kapal dapat ke lokasi terbabit untuk kerja-kerja pembaikan. Sama ada kapal itu dapat tiba ke lokasi dengan cepat dan cekap...hanya itu isunya," katanya.
Beliau berkata perkara itu penting untuk industri IT walaupun isu pembaikan kabel dasar laut berkenaan tidak melibatkan perniagaan maritim secara menyeluruh.
Laporan sebelum ini menyatakan bahawa MOT sedang meneliti semula pengecualian bagi kapal asing melakukan pembaikan kabel dasar laut pada 2019.
Selain itu, EMIR Research berpendapat bahawa ketiadaan pengecualian kabotaj yang membolehkan kapal asing menjalankan kerja-kerja pembaikan kabel dasar laut di perairan Malaysia, boleh menghalang pelabur asing untuk melabur dalam infrastruktur telekomunikasi serta internet Malaysia.
Firma penyelidikan itu berkata dari segi pembaikan kabel tersebut, Malaysia pada masa ini masih kekurangan kapasiti kapal-kapal pembaikan dalam menyokong keperluan serta keupayaan kabel berkenaan yang juga pelaburan oleh penyedia utama kandungan seperti Facebook dan Google.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2023
Loke (tengah) menyaksikan majlis MoU antara MBA yang diwakili pengerusinya Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin (dua,kanan) dan MASA diwakili pengerusinya Mohamed Safwan Othman (dua,kiri) hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Green Action: Bumi tenat jika anda tidak kisah
Memasuki abad ke-21, dunia meraikan transisi ketara inovasi pelbagai bidang sehingga ke angkasa. Di sebalik kesibukan mencorak masa depan, dunia tidak ketinggalan dihimpit isu yang menguji nilai kemanusiaan. Begitu juga isu yang menyentuh denyut nadi bumi. AWANI Green Action mengajak anda menyemai jiwa sayangkan bumi bermula dari dalam diri, disusuli tindakan dan peranan semua pihak. Ikuti laporan Nickyson Nyambar.
Soon Huat- Shevon Lai dapat hadiah perkahwinan terbaik
Pemain profesional negara yang juga pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai muncul juara beregu campuran Masters Malaysia sekaligus mendapat hadiah perkahwinan paling menggembirakan.
Bertugas 24 jam, Sahabat Maktab bantu jemaah haji
Di sebalik terpaksa berkoban masa dan tenaga, Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, keinginan dan kesediaan untuk membantu orang lain mendorang 315 jemaah haji menyertai program Sahabat Maktab anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) di Tanah Suci.
Jumlah kematian rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 35,984
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 35,984 orang.
Pasang, manfaat aplikasi VSP untuk bantu cegah jenayah - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap penduduk di negara ini memasang dan memanfaatkan aplikasi telefon pintar Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang kini ditambah baik ke versi 2.0 sebagai kemudahan kepada masyarakat dalam membantu mencegah jenayah di Malaysia.
Tukang masak lakukan amang seksual kanak-kanak ditahan Topik: Jenayah
Polis menahan seorang pelayan kedai makan selepas dipercayai melakukan ambang seksual ke atas seorang kenak-kanak berusia dua tahun di sebuah medan selera di Pandan Indah, Ampang Jaya pada Isnin lalu.
Polis buru suspek cetus kekecohan selepas perlawanan
Polis Daerah Cheras, sedang mengesan individu yang mencetuskan kekecohan selepas perlawanan bola sepak KL City menentang JDT di luar Stadium Cheras, pada Sabtu malam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mei 2024.
PM UK cadang remaja 18 tahun wajib sertai Khidmat Negara
Perdana Menteri United Kingdom (UK), Rishi Sunak tidak melengahkan masa sebaliknya terus mengatur strategi untuk mendapatkan semula mandat rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Pemimpin Parti Konservatif itu dalam pengumuman terbaharunya mencadangkan supaya remaja berusia 18 tahun dikehendaki wajib menyertai latihan khidmat negara.
Liga Super: Selangor kecewakan NSFC 4-0
Selangor FC menjaringkan kesemua gol pada babak kedua untuk menumpaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-0 pada aksi Liga Super.
Kementerian Pengangkutan akan temui gergasi teknologi, perjelas dasar kabotaj
Menteri Pengangkutan dijadual bertemu dengan wakil syarikat gergasi teknologi terkemuka seperti Facebook dan Google pada minggu depan untuk menjelaskan pendirian Malaysia berhubung dasar kabotaj.